who am i?

Monday, 28 March 2011

finally u TALK !







i..

" i tanya u, u rela i lepaskan u skrg? U happy kalau i lepaskan u SKRG? "
u..
" of course i takkan happy kalau u tinggalkan i sbb i tahu things are gonna be hard once im not with u. but things get complicated ok? i malas la gaduh gaduh tacing tacing semua. bosan la. "

*so proud with your answer, thank you bee :) 
i sangat sayang kat you. remember that alaways okay baby.


aku tulis sebab aku nak ingat text msg dia ni,
jarang weyh nak tgk dia tulis mcm ni. biasa ego je lebih, :)
tapi kat sini pon macam ada sikit la jugak ego nya, 
u u u, i pon bosan jugak tp kalau relation happy je,
tak gaduh semua, bila yang nak bertambah sayang kan?
ehh. huu. lantak ekau la eh.

( twentyeighthmactwothousandeleven <3 ) 

Sunday, 27 March 2011

aku tidak inginkan perpisahan buat kali keDUA, TIDAK !.

  • Malam gf aku amek aku, at least aku rasa happy.
  • Malam slowtalk pasal problem, saling nangis menangisi.
  • Yang tak bole blah dia PAKSA aku lepaskan dia. NEVER !
  • Bila aku tanya kenapa ta dia je yang cakap yang dia lepaskan aku? Dia cakap ........i tak tahu..
  • Dia slowtalk untuk aku lepaskan dia? SORRY, JANGAN HARAP.
  • Aku sayang dia sangat itu je yang aku tau.
  • Untuk memulihkan keadaan yang tegang bak permainan tarik tali oleh ahli gusti, aku mula membebel panjang, dia pon dengar je.
  • sebab aku fikir malam ni aku nak borak borak SAHAJA bukan nak sentuh pasal problem kitaorang.
  • Kitaorang gelak sama sama dgn cerita cerita yang aku cerita, J aku dah cukup happy.

But ONE THING yang belum selesai tu, pasal de bloody idiots conversation tu, again ! huh., aku akan disscuss balik dengan dia later, after aku dah bersoal jawab dengan kawan baik SIALAN dia tu. Thank you.



 ( twentyseventhmactwothousandeleven <3 )

sangat berSANGAT!

21 – 26 MAC 2011

*bout her behaviour yang selalu lebihkan orang lain dari aku, ta aci la weyh !
*the rest tatau la kenapa jadi teruk sgt.

Sangat tade semangat.
Sangat LEMAH.
Sangat tak kuat.
Sangat FRUSTRATED.
Sangat minggu yang teruk.
Sangat kuat NANGIS. *most everyday !

Terima kasih.


Jika ingin menangis, maka menangislah..
Menangis itu adalah ungkapan hati..
Menangis itu adalah “bentuk kasih sayang” kepada dirinya, dan orang lain, orang yang begitu dekat dengan kita..
Menangis itu adalah motivasi….
Menangis itu adalah ekspresi dari sebuah “kejujuran…”
Menangis itu adalah “Ibadah, Anugerah dan Berkat..”
Menangislah jika kau mau, sekali pun itu bukan keinginanmu …!!!

copycat from cogita ergo sum.


( twentyfirst-twentysixthmactwothousandeleven  <3 )

"the BLOODY IDIOTS conversation"



aku rasa nak maki maki je membe dia. CHIMPANZEE gila.
aku tak kacau hidup kau weyh,
kalau semua hubungan kau tak jadi kau tapaya nak huru harakan orang lain punya relationship.
kau ada pape masalah dengan aku ke weyh? kalau ada cakap, tp aku rasa aku tak penah ada masalah dgn kau, kalau kau rasa adapon aku tak rasa aku patot mintak maaf sebab aku tatau apa masalah kau dengan aku .
selama ni kita keluar lepak sesama, wahhh...! bukan main nak baik, belakang aku kau suruh DIA tinggalkan aku? apake sial nya perangai kau ni?
kau tak nampak ke DIA SAYANG AKU weyh?
yang kau nak dengki sgt suruh dia tinggalkan aku pahal? siap ajar cakap nak taubat bagai? siapa kau?
hey kalau betul la kau nak ajar dia taubat, aku bole lah bagi kau ajar dia puas puas cara nak taubat tp aku tak fikir la kau bole buat sebab dengan keadaan kau ni sekarang tak mungkin kau rasa nak taubat lagi, sebab kau tengah seronok lagi ngan duniawi ni.

KALAU KAU TADE NASIHAT YANG LEBIH BAGUS BAIK KAU DIAM DARI KAU BERSUARA LA WEYH, KAU PON TAK BOLEH PAKAI NAK NASIHATKAN ORANG !




 ( twentyfifthmactwothousandeleven <3 )

Monday, 21 March 2011

sometimes..


it's not easy to get loved by the person we love.

( twentyfirstmactwothousandeleven <3 )

Sunday, 20 March 2011

kusut mengusut di 19 - 20 mac 2011 !

19 MAC 2011
Malam ni aku ngan keluarga aku pi cheras, pi makan kat kedai pacik aku, dah lama bukak tapi baru festime la datang makan kat sana, masakan dia not bad la, tapi oleh sebab sedara kan mak aku buat macam ‘kedai mu rumah ku’. Habis dia jenguk ke dapur orang semua, angkat nasi sendiri lauk sendiri, selfservice. Biarlah mak tu. Balik tu sibuk la sedara aku ni nak mintak no fon pulak, padahal selalu jumpa masa hari raya tak pernah bertego pon, tujuan? Hmm..

( nineteenthmactwothousandeleven <3 )

Sambung cerita ke keesokkan harinya…

20 Mac 2011
Dah habis makan, mak plan nak pergi tengok muvee, tapi abah tanak so abah balik and kitaorang *aku, mak aku, kakak aku, anak kakak aku, pergi la berempat menunton wayang, mak aku nak tengok kembar siang tapi cerita dah tade kot, kesian mak aku so kitaorang tengok Hikayat Merong Mahawangsa je start pukul 12.45 a.m. Cerita tu pon not bad KOT sebab masa aku dari luar sampai la dalam muvee gf aku text text and text dia nak datang rumah aku lepas event dia dalam pukul 12, pale HOT dia ! dia cakap aku dah buat dia rasa serba salah petang tadi (yang - tak boleh ke u....?) then dia nak datang jugak rumah aku, habis lah berkelahi semua, muvee pon aku tak boleh nak concentrate.Last last dia dah tak reply….

Lepas muvee aku balik rumah terus tido je, dalam pukul 8.30 am aku dah terbangun sebab mak aku pergi kg medan. Tapi aku tatau nak buat apa, walaupon sepatutnya aku pergi siap nak keluar dengan gf aku tapi sebab aku ingat dia pergi area rumah aku semalam sebab dia tak reply msg aku so aku pon malas nak mandi nak siap. Tiba-tiba dia msg aku apa ntah aku ta ingat tapi aku reply
 ..kan i dah cakap kalau u datang ampang semalam u takkan jumpa i harini...
 , pastu dia reply..
..i balik rumah dari shah alam semalam okay..
meaning dia tak datang sini la? Aduuu dah kelam kabut dah aku mandi semua, shit ! jeans pulak basah baru jemur, memang kena tunggu sampai kering la, memang dalam pukul 1 baru aku gerak dari rumah bukan sengaja nak siap lambat. Naik bas naik train adalah dalam pukul 3 aku sampai area stesen lrt yang terdekat dengan rumah dia, bila aku msg dia aku dah sampai dia cakap dia baru habis mandi, WHATTHEHELL?! dia cakap aku dah rosakkan kan plan dia tapi dia baru habis mandi? apa ni?! Aku panas hati gak la, padahal aku dah bagi hint kat dia yang aku dah keluar rumah, 15 minit nak sampai pon aku dah text dia, now what? Baru habis mandi and membe dia baru nak mandi? Shit ah. Memang aku TERmarah dia sebab dah la tengah sakit perut, sakit pinggang nak mengendong beg lappy yang dekat satu jam sengah aku berdiri terpacak macam tiang lampu tunggu dia, bukan tanak letak beg tapi hujan lebat bhai, kau nak kuyup dengan lappy kau tu? Dah la lappy dah jahanam nak melingkupkan lagi? Siapa nak bayar? Kau nak bayar? Hah.

Tapi masa kat train tu memang dah bermaki makian la, but as usual she started it first okay? Almaklum aku ni memang tak suka orang mencarut kat aku, tapi memang lawak la sebab dia cakap aku mulut longkang, aku cakap dia mulut lagi longkang lombong loji semua, haha but still aku nak nangis sebenarnya sebab pinggang aku sakit la weyh, period cramp -.-‘ berjimbit aku tunggu weyh dalam pukul 4sengah baru dia sampai, time tu pon aku baru je pergi jalan kat lrt balik pergi cari plak nak charge fon, 5 min dia text dia dah sampai, pastu dia dtg ambil beg lappy aku then gerak.

Aku masuk kereta terus buat buat tidur, mati mati la ingat dia nak bawak pergi putrajaya tapi ! angkat je kepala ada kat ikea? Grgrggr…! Geram aku lah. Rupanya nak lepak dengan lecturer dia yang sedang dalam ketensionan, haish! Lecturer punya hati nak jaga gf punya hati tak reti nak jaga, aku memang tade mood sangat oh, satu hari muka aku masam je, and for your info my GF i bukan moody sebab period cramp i moody sebab U, sebab perangai u ! tapi gf aku macam faham je, bagus ! sebab dia text aku say sorry, aku moody mainly because of her, sorry tak bawak pergi hot air balloon, promise nexttime bawak, blablabla, aku dah okay sikit cause she say sorry. but still tade mood, aku pon tatau kenapa may be sebab memang aku dah cakap dari awal aku akan tade mood the whole day ni kot. Masam mencuka bak ayam berak kapur dah muka aku ni sampai la sampai rumah dalam pukul 12 am, aku siap siap kan baju pastu terus tidur je, Haish ! 

sampai sekarang aku rasa tak best.
sampai sekarang rasa macam tak puas hati.
tapi sampai sekarang aku still lagi sayang dia.

cuma aku rasa minggu ni layanan yang TERUK even bukan sgt teruk but still TERUK ! la beruk, haish !
make sure u GANTI balik twentymac i okay? hmph.




beruk. pffftt..!


( twentythmactwothousandeleven <3 )

Saturday, 19 March 2011

tak boleh ke u........?

Harini aku buat keputusan memollow kawan aku sipolan ke tempat pengajian dia. Dia ada urusan dengan lecturer sikit, yang aku ni gegedik la nak pi jumpa dengan gf aku. Bukan main nak jauh jugak la perjalanan, kami pula naik motore, habis hujan badai sumatera jepun (yang tempat nuclear dorang meletup tu, bahaya nya haish !) kami rempuh jugak. Untuk melaksanakan hasrat di hati, J
Dari tempat kami mula jalan dah hujan lebat bagai, satu tempat ke satu tempat lain benti sekejap pastu hujan balik pastu on the way balik pon hujan balik, memang lenjan tahap dewa la kan. Btw thanks kat si polan sebab dah bawak aku pergi dekat dgn gf aku tapi sebenarnya hampa sebentar la, sebab !

; Tujuan dia datang untuk settlekan hal kat tempat pengajian dia tak tercapai, lecturer dia gila keret ouh berjalan sikit pon malas sampai menyusahkan orang nak ulang alik ke sana, benci betol la aku orang selfish macam tu !
; Tujuan aku PON tak tercapai, gf aku marah sebab naik motor, apa la, macam la dia tak pernah naik motor? pernah je aku tengok. Dia on the way dari rumah dia and bila dah sampai pon dia tak tergerak hati langsung ke nak pi jumpa aku even sekejap pon?  Haish. Aku punya la tunggu sampai dari mula makan sampai la licin pinggan dia tak sampai lagi padahal tadi bukan main nak tanya aku kat mana, pergi makan kat mana, macam beriye je nak datang jumpa, last last batang hidung tak jelma.

So, dengan tujuan tujuan kami sekalian tak kesampaian, kami pon pulang la bersama hati yang pasrah, badan yang kuyup, jalan yang sesat, main police entry one to jaga dengan bas metro and sampai la rumah, walaupon macam macam yang berlaku harini aku rasa happy la sebab macam hari aku terisi dengan program program yang mencabar  minda, hati dan perasaan -.-‘ thanks again ya sahabat ! J

To my GF, sorry kacau u buat kerja tapi i datang sebab nak jumpa u je :( tak boleh ke jumpa i walaupon seminit dua? 


KUCIWA  '___'


( nineteenthmactwothousandeleven <3 )

Wednesday, 16 March 2011

success dunia dan akhirat, insyallah.

besok dia exam last paper, hope dia boleh buat betul betul and dapat result yang best ! 

selain doakan dia success, moga terbuka pintu hati nya untuk bertaubat, 
AMIN !



( sixteenthmactwothousandeleven <3 )

Monday, 14 March 2011

hubungan tidak direstui.

aku baru lepas cakap telefon dengan mak aku, mak aku ingatkan pasal bencana alam yang heboh diperkatakan akan melanda KL minggu depan. Aku jadi takut dan sedih dengan diri aku sekarang. Sebelum tu mak aku ada tanya tentang hubungan aku dengan gf aku, aku cakap aku dengan gf aku cuma kawan,
" baguslah, mak tanak kau jadi macam kakak kau, perempuan dengan perempuan, "
ya ALLAH ! berat nya mulut aku nak jawab, tapi aku terpaksa menidakkan apa yang sepatutnya aku mengiyekan, kalau la bole aku berterus terang dan tidak membohongi mak aku, aku nak mintak maaf banyak banyak dengan mak aku sebab aku jadi macam ni, tapi aku tak sedia nak berubah, aku sayang sangat kat gf aku,

mak, orang mintak maaf sangat sangat sebab jadi macam ni, orang menyesal, orang tanak tipu mak tapi orang terpaksa untuk selamatkan keadaan yang huru hara. orang tanak mak NYAH kan dia dari hidup orang, orang sayang dia, orang akan lepaskan dia lepas orang berjaya ubah dia ikut haluan yang betul dan dia akan tetap jadi kawan orang sampai bila bila, orang mintak maaf mak :'(

sebenarnya tujuan aku couple dengan dia untuk ajar dia berubah sikit demi sedikit untuk semayang, berdoa untuk keluarga, hormat kepada ibu yang melahirkan, tapi aku GAGAL! aku yang terjebak dengan maksiat ni. Aku ada niat untuk berpisah tapi bukan sekarang, aku harap aku dapat berpisah dengan dia dengan cara yang baik setelah dia mula semayang dan bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan dulu.

Aku pernah ajak dia semayang, tapi liat sangat, dia susah sangat walaupon dia tau benda tu easy and simple.
ya allah bagi la aku petunjuk dan JALAN MUDAH untuk mengajar dan mengajak dia semayang supaya dia terbuka hati untuk semayang, selepas semayang aku nak ajak dia bersama dengan ku untuk menutup kepala dengan bertudung, tapi itu bukan mudah kerana dia sukar untuk mengikut dan berubah ke jalan yang lurus dan aku pula akan melayani apa sahaja perkara baru yang mendatang tak kira baik atau buruk dan walaupon aku tau benda tu buruk tapi aku masih layan dia sebab aku tanak berpisah dengan dia, aku nak jaga hubungan kami sampai tujuan sebenar aku couple dengan dia tercapai. Aku sedih sebab aku tak dapat mengajar ajaran yang betul dan sukar untuk dia terima, tapi apa yang aku pohon kepada mu ya allah agar..

" YA ALLAH, ampunilah hambamu ini, sesungguhnya aku tidak tertanggung lagi dengan dosa yang aku buat selama ini, aku jahil dengan agama mu YA ALLAH ! bantulah hambu mu ini, hambamu mengerti bahawa dia telah pilih jalan yang salah tapi bantulah hambamu ini untuk memperbetulkan keadaan dan balik ke jalan yang lurus semula, kau permudahkanlah aku untuk mengajak gf ku bertaubat kepadamu YA ALLAH, kau buka kan lah hati nya dan hatiku untuk ikut ajaran mu YA ALLAH. moga semua nya akan berubah sebelum kami pergi bertemu mu YA ALLAH ! "


mood : aku rasa macam nak nangis, serious aku sedih dengan diri aku sekarang. apa yang harus aku lakukan? :'(


( fourteenthmactwothousandeleven <3)

BROGA HILL and GABAI WATERFALL cogitation

13MAC2011.Pukul 5 am dah keluar rumah, jumpa kak sipolan kat petronas area U5, kitaorang pergi 2 kereta, aku naik ngan gf aku, kak sipolan pergi ngan bf dia ngan 2 lagi kak sipolan, so adalah dalam 6 orang pergi, dalam 5 lebih am tu kitaorang dah on the way pergi bukit broga, 6.30 am sampai. Pergghh ramai kot orang, nak cari parking pon susah wo. So lepas sampai tu kitaorang berkumpul kat satu tempat orang yang jual lampu lampu ni, oleh sebab gelap gelita aku beli la torch light yang kecik tu rm10 satu. Then, kitaorang mula la expedisi memanjat bukit broga, perjalanan nak naik bukit broga tu adalah dalam 1.7 KM mengikut yang dinyatakan kat tepi pagar sebelum masuk parking tu.

Panjat punya panjat punya panjat, satu simpang ni gf aku dah tak larat, yang aku dah menonong ke depan sebab ! aku tanak bagi dia benti, aku tau kalau once dah benti lepas ni mesti benti lagi, tapi sebab dia da penat sangat kot dia benti la sorang, nak tanak aku bentila. Lepas semua dah sampai, dia tak muncul muncul lagi, kesian pulak aku tengok, mungkin betul da tak larat sangat so aku pon patah balik carik dia, halfway dah jumpa dia balik. So kitaorang teruskan perjalanan. Dah nampak dah bukit broga tu, semangat sikit nak panjat, tiba tiba gf aku cakap dia nak benti lagi, aduuuhh..! aku pon bagi la dia benti jap, lepas benti tu kitaorang naik la sikit pastu benti balik. kan aku dah cakap. Dah lama benti pon dia tanak naik naik, dia kata period cramp, kesian memang kesian tapi sebab dah pergi jauh jauh, dah panjat berapa kilometer RUGI la kalau benti sekerat jalan, kan? ingat nak suruh dia teruskan sikit sikit tapi rupanya tu perhentian yang terakhir, memang aku dah buat muka sebab dia tanak naik tapi aku diam je,  yang lain semua dah teruskan panjat bukit, dia suruh aku naik tapi aku cakap aku nak naik dengan dia.

Sampai la dorang semua turun balik dia still sakit perut lagi so reda jela, memang aku tak sampai naik ke bukit broga tu, wuuu, sedih ! :’( dia beriye la mintak maaf kat aku, aku diam je sebab HAMPA -.-‘ Masa untuk turun. So kak sipolan pon ajak la turun suruh gf aku pelan pelan sebab dia tak larat tapi aku diam je, bila gf akuajak turun aku dengan perasaan KUCIWA terus bangun laju je aku blah, aku text kak polan cakap tolong jaga gf aku, jumpa dekat kereta sebab aku rasa dorang da jauh kebelakang. sorry sangat ta tunngu u -.-'

Aku sampai bawah around 8.30 am. Tunggu punya tunggu sampai aku buka kasut naik atas bonet kereta dah baring baring dah. Dalam pukul 9.00 dorang sampai bawah. Aku buat cool je sebab tana gaduh dengan dia. Dalam kereta dia mintak maaf lagi, kesian aku tengok dia sakit :( Pastu kitaorang pergi makan, kat kedai mana ntah -.-' .

Lepas makan kitaorang terus gerak pergi sg. Gabai. At first gf aku tanak mandi, tapi aku pujuk la dia suruh mandi, then dia cakap okay ! *aku rasa sebab dia dah hampakn aku sebab tak habis panjat bukit so dia tanak hampakan aku pulak kali ni. Good. Kitaorang pon mandi la, bapak sejuk gila air dia woi, main la simbah simbah, main kat waterfall, pergh ganas betul waterfall dia macam nak hentam orang je, sakit sakit badan kena tempias waterfall tu, huh !

Balik tu aku bawak dorang makan kat kosas pastu balik rumah ampang jap ambil duit, lepas salam salam mak aku blah terus. Tetiba masa aku taip ni aku teringat kat mak aku pulak, rindu kot. yela jumpa sekejap je kan. Balik tu gerak ngan kak sipolan, sampai kota damnsara kitaorang berpecah, aku ngan gf aku terus pergi rumah baru dia, sampai sana ambil ukuran semua pastu balik rumah.

conclusion :
tujuan sebenar tidak dapat dikotakan iaitu ' nak tengok matahari terbit woi '
sebab sampai sampai dah dalam pukul 7 lebih, walaupon gelap lagi tapi still matahari dah keluar sikit, -.-'

aku happy jugak la sebab aku rasa dia dah berubah sikit sikit, dah kurag buat perangai and dah layan aku elok elok, buat aku dah sayang sangat ni lagi bertambah tambah sayang kat dia, :) huu, tapi still aku akan berhati hati, sebab.
"kalau jodoh panjang aku akan bersama dia lagi, tapi kalau jodoh ta panjang bersedialah menghadapi."

aku ucap thanks kat dia sebab plan plan yang dia buat last sunday, and walaupon dia hampakan aku sebab tak panjat sampai atas tapi still that is not a big problem and aku tak rasa ada spoiled pon minggu ni, Haaaappppyyy je, hehe.
THANKS sgt <3



pemandangan yang tidak kesampaian dari 
BUKIT BROGA
ten. ten. ten.


ILOVEYOUSHARANNE.
 ( waaahh... berkaler bewarna warni la hati aku masa tulis ni <3 )



( fourteenthmactwothousandeleven <3 )

Friday, 11 March 2011

SURPRISEEEEEEED....!

baru je aku buat blog ni harini tetiba gf aku yang tersayang harini macam baiikkkkk sangat :) macam tau tau je aku nak tulis pasal dia kat sini, hehe.

dia macam BAEK sebab !

1 . Tetiba je dia msg elok elok.

2. Dia ajak aku keluar lunch dengan dia.

pastu kan, yang next ni aku suka :)

3. Selalu weekend dia suruh aku balik rumah aku, and bila aku cakap aku nak balik rumah dia, dia just cakap UP TO YOU la, macam dia ta mengharapkan pon aku tido rumah dia, tapi harini !
bila aku cakap
'tapela, minggu ni i balik rumah i je, sebab i tana u boring dengan i, and i na u spent time dgn ur family'
then dia cakap 
'eh datang la minggu ni, pagi ahad nak bawak u pergi somewhere. 4 pagi. so stay rumah i minggu ni ok?'
waahhh. terkejut sekejap oh, happy ! sebab kali ni dia yang nak aku datang tempat dia, pastu dia na bawak aku keluar, pukul 4 pagi lagiii, huit thanks b :)

ni aku baru balik lunch dengan dia kat AYAM PENYET feveret dia, 

sambung balik......

4. harini dia tak mintak pon duit minyak kat aku, bagus la sebab aku pon tinggal rm 20 je, hehe

5. dia yang bayar lunch kitaorang harini , thanks again :)

thanks cause TRYING to make me happy today, tp! pelik la sebab aku rasa macam tak happy pon. tatau kenapa? hurm mungkin aku terasa and teringat msg msg yang dia bagi aku minggu ni yang berbunyik.....

"yes, i akan break dgn u, for u to take all the time u need  to think abt our relationship. i want to give u time to think properly. when ure ready, u can come and fine me. im always gonna be  here"
time ni aku rasa sedih sgt sebab dia sanggup reply msg macam ni kat aku, pasal break tu weyh pasal break :(
bila aku tanya dia then bila aku dah pergi kat dia, dia dah ada orang lain, how?
"depends how long u take to figure things out la"
lagi la aku sedih, macam dia dah sangat tanak and tunggu masa je nak break dgn aku :(
aku reply kalau aku tanak lepaskan dia macam mana, guess what she replied.
"i takkan contact u selagi u can think straight about our relationship."
macam mana dia nak tau kalau aku dah fikir ke tak?
aku reply lagi, bole tak kita lupakan and start all over again macam first kitaorang couple dulu?
"no. i cant. i dont know who u are anymore."
memang meleleh la airmata aku sedih woo.
and paling yang aku tak tahan dia bole tanya aku macam ni.
"ure obsessed over me. please learn to take it easy. i do love you but im not obsess with you. i dont need to know everything single thing u do like how u want to know every little thing i do in my daily life. learn to mind ur own business and give me a little respect. i'll do whatever i want, whenever i want. why cant we have a normal relationship like other people? haihh.
siap mengeluh lagi, apa korang rasa kalau korang kena macam ni dengan orang yang korang sayang?
sakit hati tak terhingga wo, menusuk ke jantung kalbuku weyh ! T.T macam aku bertepuk sebelah tangan je kan?
memang la apa yang dia cakap ada betul nya, tapi boleh tak dia cakap dengan ayat yang elok sikit? yang tak menyakitkan hati?

and aku rasa aku tak happy skrg sebab aku terasa nak belajar untuk kurang kan ambil tahu pasal dia, jangan terlalu obses dengan dia, sebab itu yang dia mintak, so sorry la ye buah hati pengarang jantung, i'm not really happy today but still thanks cause had your lunch with me today.iloveyou. hmm





 AYAM PENYET 
( eleventhmactwothousandeleven <3 )

Thursday, 10 March 2011

to my GIRLFRIEND.

i created this BLOG just to express my feeling, so i will be more impassive by storymory here :)
trying to be perfect to the person i LOVE

i’m sorry if u found me here tell the story about you and its hurt you, but you hurt me more but i dont mind because all i want its just YOU, i’m SORRY.
    
but one thing i want you to know is
i still love you no matter how much we were argue, no matter bad that you treat me and no matter heartache that i felt when i was mad with you, what i see is just a precious moment that we had together. THANK YOU LOVE.
I LOVE YOU EVERYDAY 



   
( eleventhmactwothousandeleven <3 )

manusia bertopengkan manusia :)


hi hi.
aku baru lagi kat sini, 
tapi tujuan aku tulis blog ni, untuk menyatakan hasrat, melepaskan geram dan blablabla la.
DAN! yang penting nya mengingat peristiwa peristiwa yang telah aku alami.
tak kesah la orang nak baca ke tanak baca ke? janji aku puas !
hahaha :DD

tapi aku just orang lain dalam ni.
sebab aku takan upload gambar ORIGINAL aku, sori la geng, -.-'
menyamar je la maksudnya, sebab kalau orang lain taw, matyyy la aku!
lagi lagi gf aku, sebab aku tulis ni pon sebab aku nak cerita pasal dia la,
yela, kalau cerita dekat orang lain, kesian pulak kat gf aku, so better aku post kat sini jela.
haa apa apa jela kan? 

and and and. kalau sesiapa sudi, tolong ajar aku MEMERIAHKAN aku punya blog ni sebab aku tatau satu apa pon pasal blog ni, saja gedik gedik tangan nak taip taip ni. and a BIG THANKS la eh kepada tenaga yang sudi mengajar :)

bubye geng ! 
  
( eleventhmactwothousandeleven <3 )