who am i?

Monday, 14 March 2011

hubungan tidak direstui.

aku baru lepas cakap telefon dengan mak aku, mak aku ingatkan pasal bencana alam yang heboh diperkatakan akan melanda KL minggu depan. Aku jadi takut dan sedih dengan diri aku sekarang. Sebelum tu mak aku ada tanya tentang hubungan aku dengan gf aku, aku cakap aku dengan gf aku cuma kawan,
" baguslah, mak tanak kau jadi macam kakak kau, perempuan dengan perempuan, "
ya ALLAH ! berat nya mulut aku nak jawab, tapi aku terpaksa menidakkan apa yang sepatutnya aku mengiyekan, kalau la bole aku berterus terang dan tidak membohongi mak aku, aku nak mintak maaf banyak banyak dengan mak aku sebab aku jadi macam ni, tapi aku tak sedia nak berubah, aku sayang sangat kat gf aku,

mak, orang mintak maaf sangat sangat sebab jadi macam ni, orang menyesal, orang tanak tipu mak tapi orang terpaksa untuk selamatkan keadaan yang huru hara. orang tanak mak NYAH kan dia dari hidup orang, orang sayang dia, orang akan lepaskan dia lepas orang berjaya ubah dia ikut haluan yang betul dan dia akan tetap jadi kawan orang sampai bila bila, orang mintak maaf mak :'(

sebenarnya tujuan aku couple dengan dia untuk ajar dia berubah sikit demi sedikit untuk semayang, berdoa untuk keluarga, hormat kepada ibu yang melahirkan, tapi aku GAGAL! aku yang terjebak dengan maksiat ni. Aku ada niat untuk berpisah tapi bukan sekarang, aku harap aku dapat berpisah dengan dia dengan cara yang baik setelah dia mula semayang dan bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan dulu.

Aku pernah ajak dia semayang, tapi liat sangat, dia susah sangat walaupon dia tau benda tu easy and simple.
ya allah bagi la aku petunjuk dan JALAN MUDAH untuk mengajar dan mengajak dia semayang supaya dia terbuka hati untuk semayang, selepas semayang aku nak ajak dia bersama dengan ku untuk menutup kepala dengan bertudung, tapi itu bukan mudah kerana dia sukar untuk mengikut dan berubah ke jalan yang lurus dan aku pula akan melayani apa sahaja perkara baru yang mendatang tak kira baik atau buruk dan walaupon aku tau benda tu buruk tapi aku masih layan dia sebab aku tanak berpisah dengan dia, aku nak jaga hubungan kami sampai tujuan sebenar aku couple dengan dia tercapai. Aku sedih sebab aku tak dapat mengajar ajaran yang betul dan sukar untuk dia terima, tapi apa yang aku pohon kepada mu ya allah agar..

" YA ALLAH, ampunilah hambamu ini, sesungguhnya aku tidak tertanggung lagi dengan dosa yang aku buat selama ini, aku jahil dengan agama mu YA ALLAH ! bantulah hambu mu ini, hambamu mengerti bahawa dia telah pilih jalan yang salah tapi bantulah hambamu ini untuk memperbetulkan keadaan dan balik ke jalan yang lurus semula, kau permudahkanlah aku untuk mengajak gf ku bertaubat kepadamu YA ALLAH, kau buka kan lah hati nya dan hatiku untuk ikut ajaran mu YA ALLAH. moga semua nya akan berubah sebelum kami pergi bertemu mu YA ALLAH ! "


mood : aku rasa macam nak nangis, serious aku sedih dengan diri aku sekarang. apa yang harus aku lakukan? :'(


( fourteenthmactwothousandeleven <3)

2 comments:

  1. aku percaya kau boleh..
    slow2 la..
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. thanks nat, thanks sebab bagi aku semangat, aku akan cuba yang terbaik,

    kau pon sabar eh dgn dugaan hidup kau, hope kau dapat hadapi dgn lebih tenang :)

    ReplyDelete